Dunia 10.33 juta kenderaan elektrik di China, transformasi industri kenderaan elektrik di dunia

10.33 juta kenderaan elektrik di China, transformasi industri kenderaan elektrik di dunia

21

BEIJING: Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China mendedahkan jumlah kenderaan elektrik di negara Tembok Besar kini mencecah 10.33 juta, sekali gus menjadi peneraju penting dalam transformasi industri kenderaan elektrik global.

Menurut statistik yang dikeluarkan, skala industri kenderaan elektrik mencatat rekod baharu mulai tahun ini.

Difahamkan, pengeluaran dan penjualan kenderaan itu masing-masing mencecah 1.293 juta dan 1.257 juta pada suku pertama tahun ini dengan meningkat 1.4 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, kadar penembusan pasaran pula mencapai 19.3 peratus, iaitu meningkat sebanyak 11.4 peratus berbanding tempoh sama 2021.

Jurucakap kementerian Luo Junjie berkata jumlah jualan kenderaan elektrik jenama China meningkat 1.5 kali ganda.

“Kenderaan jenama China menduduki 75.1 peratus dalam kesemua penjualan kenderaan elektrik dan angka ini bertambah dua peratus berbanding tahun lalu.

“Pada masa sama, pengeluaran dan penjualan FCEV (fuel cell electric vehicle) masing-masing meningkat 7.2 dan 3.9 kali ganda,” katanya.

Sementara itu, penghasilan kenderaan elektrik model ‘battery swap’ kini menghampiri angka 40,000 iaitu meningkat sebanyak 82 peratus.

Untuk rekod, di China setakat ini terdapat sejumlah 492,000 tiang pengecas termasuk 85,000 tiang pengecas awam dan 407,000 untuk kegunaan peribadi.- BERNAMA

Previous articleSarawak beri dos penggalak COVID-19 kedua mulai 22 April ini
Next articlePremier Sarawak hadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here