Tempatan 10 rumah teres musnah dalam kebakaran di Tanjung Kidurong

10 rumah teres musnah dalam kebakaran di Tanjung Kidurong

8

BINTULU: Sepuluh rumah teres satu tingkat di Jalan Awang Dulla, Tanjung Kidurong di sini musnah dalam kebakaran sekitar jam 11.23 malam Isnin.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, pihaknya mengalami kesukaran semasa menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran disebabkan struktur rumah jenis kekal itu tidak mempunyai dinding penghadang api menyebab api terus merebak melalui siling atas rumah.

Menurut beliau, sebaik pihaknya tiba di lokasi, kebakaran telah memusnahkan rumah pertama bernombor 49 dan 51 dan merebak ke rumah bersebelahan ke kiri & kanan.

“Keadaan arus elektrik yang masih aktif di lokasi menyukarkan pemadaman secara offensif dilakukan dan juga tekanan air yang rendah serta keadaan cuaca berangin menyukarkan kerja-kerja mengawal kebakaran dilakukan,” katanya.

Setelah kira-kira lima jam bertungkus-lumus, api akhirnya berjaya dipadam dengan bantuan Bomba Pelabuhan Bintulu pada jam 4.40 pagi.

Insiden berkenaan tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya sempat menyelamatkan diri.

Lapan rumah musnah sepenuhnya manakala dua lagi musnah 50 peratus.

Seramai 19 anggota bomba dikerahkan ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung kejadian bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

Siasatan awal yang dijalankan mendapati kebakaran dipercayai bermula dari rumah bahagian tengah sebelum merebak ke rumah lain.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuninya masih dalam siasatan. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePengeluaran KWSP boleh dibuat menerusi portal bermula 1 April
Next articlePenghantar makanan maut kemalangan kendiri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here