Thursday, March 30, 2023
Nasional 10,000 pelajar UPM dibenarkan kembali ke kampus dengan SOP ketat bermula 16...

10,000 pelajar UPM dibenarkan kembali ke kampus dengan SOP ketat bermula 16 Mac

9
PUTRAJAYA: Seramai 10,000 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dibenarkan kembali ke kampus dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat secara berperingkat bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2021/2022 dan mendaftar di kolej kediaman bermula 16 Mac hingga 18 Mac depan.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM Prof Dr Arifin Abdu berkata selaras dengan ketetapan ini semua gerak kerja dan persediaan bagi menerima ketibaan pelajar untuk pulang ke kampus sedang giat dilaksanakan.
“Bagi mencegah risiko penularan pandemik COVID-19 dalam kampus UPM, pihak pengurusan kolej-kolej kediaman UPM telah mengambil keputusan bahawa semua proses dan prosedur berkaitan kemasukan dan pendaftaran pelajar hendaklah dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pendaftaran untuk menginap di kolej kediaman bagi pelajar Semester Kedua Sesi 2021/2022 akan mengutamakan langkah keselamatan seperti mengisi borang pengisytiharan kesihatan, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penggunaan pensanitasi tangan dan penjagaan kesihatan diri yang rapi.
Katanya, pelajar antarabangsa yang telah lengkap vaksin dan telah mendapat dos penggalak dibenarkan kembali ke kampus dan wajib melaksanakan kuarantin tujuh atau lima hari setibanya dari negara asal di pusat kuarantin yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. -BERNAMA
Previous articleCOVID-19: Jumlah dirawat di ICU meningkat – Dr Noor Hisham
Next articleMana-mana vaksin penggalak lebih baik dari tiada – Khairy
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here