Tempatan 102 kanak-kanak berusia bawah 11 tahun di Sarawak dimasukkan ke hospital akibat...

102 kanak-kanak berusia bawah 11 tahun di Sarawak dimasukkan ke hospital akibat COVID-19

7

KUCHING: Seramai 102 kanak-kanak berusia bawah 11 tahun telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan jangkitan COVID-19 varian Omicron.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ooi Choo Huck mendedahkan Sarawak telah menunjukkan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak sejak 1 Mac lalu.

“Ini tidak dinafikan disebabkan ramai dalam kalangan mereka (kanak-kanak) masih belum menerima vaksin.

“Malah, jumlah pesakit kanak-kanak (kategori

3 hingga 5) dimasukkan dari 1 Februari hingga 15 Mac lalu seramai 102 orang yang berusia sehingga 11 tahun,” katanya baru-baru ini.

Justeru, beliau meminta ibu bapa segera membawa anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam usaha mengurangkan penularan COVID-19.

Di samping itu, anak-anak tidak digalakkan dibawa ke kawasan sesak dan ramai orang bagi mengelak jangkitan COVID-19 varian Omicron yang mudah merebak.

Previous articleKanak-kanak berisiko dijangkiti COVID-19
Next articlePenduduk luar bandar Mukah teruja dapat buat panggilan video
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here