KUCHING: Sebanyak 125 menara telekomunikasi di kawasan luar bandar di Sarawak akan mula beroperasi menjelang Gawai ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, daripada jumlah itu, 70 menara SMART sudah dilengkapi peralatan telekomunikasi dan telah beroperasi sejak bermulanya sambutan Aidilfitri minggu lepas.