Tempatan 1,371 dos vaksin telah dihantar ke fasiliti kesihatan seluruh bahagian Miri

1,371 dos vaksin telah dihantar ke fasiliti kesihatan seluruh bahagian Miri

1

MIRI: Sebanyak 1,371 dos 1 vaksin Pfizer telah dihantar ke fasiliti kesihatan di seluruh Bahagian Miri bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) Bahagian Miri kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun. 

Menurut Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Dato Sri Lee Kim Shin, jumlah dos vaksin Pfizer ini setakat 9 Februari.

“Di daerah Miri sebanyak 660 dos vaksin COVID-19 telah diberikan, dikuti daerah Marudi (370 dos vaksin), daerah Subis (300 dos vaksin) dan daerah Telang Usan (41 dos vaksin).

“Hospital Miri telah memulakan pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak yang berkomorbid dan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Miri mulai 5 Februari 2022.

“Pencapaian keseluruhan untuk Program PICKids Bahagian Miri setakat ini adalah 3.42 peratus,” katanya menerusi kenyataan media pada Khamis. 

Mengulas mengenai peningkatan kes COVID-19 di Bahagian Miri, Dato Sri Lee memaklumkan trend peningkatan kes COVID-19 ini sejajar dengan peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat di Bahagian Miri supaya jangan leka dan perlu sentiasa berwaspada. 

Previous articleDato’ Aidil lakukan kunjungan perpisahan ke atas TYT Sarawak
Next articleBantuan dermasiswa ringankan beban ibu bapa hantar anak ke IPT
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here