Tempatan

145 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang Op Samseng Jalanan

KUCHING: Sebanyak 145 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang Op Bersepadu (Op Samseng Jalanan) yang diadakan di sekitar Kuching bermula 8 hingga 11 Mac 2024.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa memberitahu, operasi yang bermula dari jam 9 malam hingga 5 pagi itu diadakan di sekitar kawasan Masja, Jalan Astana, Jalan Datuk Patinggi Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin dan Jalan Datuk Patinggi Tun Abdul Rahman Yaakob.

“Antara kesalahan yang tertinggi adalah tiada cermin sisi (34 saman), nombor pendaftaran tidak ikut peraturan (26 saman), ubahsuai struktur / peralatan kenderaan (20 saman), ubahsuai ekzos (18 saman), tiada lesen memandu (15 saman) serta pelbagai kesalahan lalulintas yang lain.

“Sevanyak 190 biah motosikal dan 215 orang telah diperiksa,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Merbin menambah, seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun juga telah ditahan di Tun Abdul Rahman Yaakob kerana melakukan aksi mengangkat tayar hadapan motosikal dengan cara membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya lagi.

Beliau juga memaklumkan bahawa, sebanyak 21 buah motosikal mempunyai pelbagai kesalahan telah disita dibawah Seksyen 60 (1) APJ 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *