Tempatan 15 kru bot ditahan bawa 700 kayu balak import tanpa kebenaran

15 kru bot ditahan bawa 700 kayu balak import tanpa kebenaran

7

BINTULU: 15 kru termasuk dua nakhoda bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu pada jarak lebih kurang tiga batu nautika dari muara Sungai Kemena Bintulu, sekitar jam 6.00 petang Khamis.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pihaknya berjaya menahan dua bot tunda dan dua tongkang yang dikesan sedang leka memindahkan muatan barangan bercukai yang disyaki kayu balak import dari Papua New Guinea tanpa kebenaran.

“Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 23 hingga 56 tahun yang terdiri daripada 3 lelaki warga tempatan, 8 lelaki warga Indonesia, dua lelaki warga India dan dua lelaki warga Myanmar yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta permit bekerja di atas bot tunda dan tongkang berkenaan.

“Mereka yang ditahan termasuk dua bot tunda dan dua tongkang dengan muatan sebanyak 700 kayu balak itu telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya lagi, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM100 ribu atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah. -SN

Previous articleLog sarang kelulut jadi ‘lubuk emas’ baharu komuniti B40 di Sarawak
Next articleTanah gambut mampu bangunkan sektor pertanian
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here