Nasional 15,425,524 atau 65.6 peratus individu dewasa telah terima dos penggalak

15,425,524 atau 65.6 peratus individu dewasa telah terima dos penggalak

2

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15,425,524 individu dewasa atau 65.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22,940,801 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,216,630 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,841,412 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 86 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Selangor 14 kes, Kedah (10), Melaka (lapan) dan Johor (tujuh).

Selain itu, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu masing-masing melaporkan enam kes, Negeri Sembilan (empat), Pahang (dua) manakala satu kes direkodkan di Kuala Lumpur.-BERNAMA

Previous articleRakyat dinasihat jangan terpedaya taktik ‘scammer’ menjelang pengeluaran khas KWSP – Timbalan KPN
Next articleCovid:19: Dua lagi aksi Liga Premier babit KCFC ditangguh
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here