Tempatan

22 calon berebut 16 kerusi MKT PBB, Fatimah kekal Ketua Wanita dan Miro Ketua Pemuda baharu

KUCHING: Seramai 22 orang calon menawarkan diri bagi berebut 16 kerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB sayap Bumiputera yang dipertandingkan dalam Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2022 yang dijadualkan 17 hingga 19 Jun ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Mereka terdiri daripada Mohammad Razi Sitam, Dr. Hazland Abang Hipni, Mahmud Ibrahim, Datuk Abdullah Saidol, Syed Hamzah Wan Hamid Edruce, Razaili Gapor, Fazzrudin Abdul Rahman, Haidar Khan Asghar Khan, Mohamed Kamaluddin Mohamad Effendie, Jay Keram, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa Mohamad Duri, Safiee Ahmad, Datuk Awang Daud Awang Putera, Pandi Suhaili, Yusuf Abdul Wahab, Mohamad Sardon Zainal, Zainulabidin Ismail, Awla Dris, Aidel Lariwoo, Datuk  Dr. Juanda Jaya dan Paul Druce.

Perkara ini dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Konvensyen PBB 2022, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PBB dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Jalan Bako pada Sabtu.

Manakala, dalam pada itu Datuk Seri Fatimah Abdullah kekal sebagai Ketua Wanita PBB manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh memegang jawatan Ketua Pemuda PBB. 

“Mereka secara automatik akan memegang peranan sebagai Naib Presiden,” katanya.

Berbeza dengan jawatan Majlis Tertinggi sayap Pesaka, menyaksikan kesemua calon menang tanpa bertanding untuk 14 jawatan, setelah 10 calon lain membuat keputusan untuk menarik balik pencalonan.

Keputusan yang sama tambahnya, turut berlaku dalam saingan di peringkat Pemuda dan Wanita, apabila tiada pertandingan akan berlaku, setelah proses konsensus berlaku.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dipilih sebulat suara sebagai Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang baharu. 

Keputusan itu bagi menggantikan menggantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Seri Michael Manyin Jawong yang mengumumkan persaraannya daripada politik yang merupakan kuota sayap Pesaka,

Tempat Dr Rundi sebagai Naib Presiden diambil alih ADUN Layar yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Gerald Rentap Jabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *