Infografik

22 Mac lihat anak bulan Ramadan

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang, Rabu 22 Mac ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan memaklumkan Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Katanya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, pada malam berkenaan.

Exit mobile version