Tempatan

255,000 penduduk Sarawak belum ambil dos penggalak

Sekitar 255,000 penduduk Sarawak belum mengambil dos penggalak, 88.6 peratus penduduk Sibu telah terima dos penggalak

SIBU: Sekitar 255,00 penduduk di Sarawak masih belum mendapatkan dos penggalak.

Sementara itu, Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee berkata, 88.6 peratus daripada jumlah penduduk Sibu telah mengambil suntikan dos penggalak setakat hari ini. 

“Daripada 88.6 peratus itu, 24,717 penduduk di Sibu belum mendapatkan dos penggalak ini,” katanya menerusi laman Facebook pada Rabu. 

Katanya lagi, bagi suntikan vaksin COVID-19, seramai 9,347 atau 28.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima suntikan vaksin tersebut menerusi program PICKids di Sibu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka memberitahu, Sibu telah mencatat tiga digit iaitu jumlah kes positif COVID-19 tertinggi tahun ini pada Selasa. 

Menurut Dr Annuar lagi, kajian menunjukkan jika seseorang sudah menerima dos penggalak kebangkalian untuk mendapat jangkitan Omicron dengan komplikasi atau kematian adalah rendah jika dibandingkan tanpa mendapat dos penggalak.

“Untuk itu, saya merayu kepada yang belum mendapat dos penggalak supaya segera mendapatkannya di klinik kesihatan kerajaan memandangkan kes semakin meningkat.

“Selain itu, kita terus jaga Prosedur Operasi Standard (SOP), pakai pelitup separuh muka, guna cecair sanitasi tangan, kerap basuh tangan dan elakkan tempat ramai orang,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *