Tempatan

2,760 hektar ladang buluh komersial & 59 hektar ladang komuniti telah dibangunkan di Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah membangunkan kawasan seluas 2,760 hektar ladang buluh komersial dan 59 hektar ladang komuniti di Sarawak setakat ini.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, kerajaan  Sarawak merancang untuk membangunkan kawasan seluas lebih kurang 10,000 hektar ladang buluh komersial dan 1,640 hektar ladang komuniti di negeri ini.

“Saya yakin dengan strategi ini, Sarawak akan mampu menjadi hab pembangunan industri buluh yang berjaya di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Menandatangani MoU Penanaman Buluh Secara Komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd di sini pada Rabu.

Abang Johari menambah, sasaran itu berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang bertujuan menampung kelestarian bekalan sumber untuk industri buluh Sarawak.

Foto: Pejabat Premier Sarawak

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *