Tempatan 3 beradik yatim piatu selamat sampai di Kuching

3 beradik yatim piatu selamat sampai di Kuching

30

KUCHING: Tiga beradik Ellisa Oliva, Magdalena dan Jospeh Rayyan yang kehilangan ibu bapa Damian dan Ronwina Mambai dalam kejadian renjatan elektrik pada 10 Mac lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Rabu. 

Mereka tiba di Kuching yang ditemani bapa saudaranya Robert Adi dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 11:30 pagi. 

Setiba di LTAK, Ellisa Oliva, 10 tahun yang merupakan anak sulung sempat menceritakan saat kejadian yang berlaku terhadap ayah dan ibunya di kediaman mereka di Pangsapuri Taman Tringkap Puncak, Cameron Highlands. 

“Saya dan adik-adik masa kejadian berada di luar sebelum menemui mereka di bilik mandi,” katanya. 

Ujarnya lagi, ketika kejadian dia dan dua lagi adiknya pada kejadian berada di luar sebelum menjumpai ibu dan bapa mereka yang terkena renjatan elektrik di dalam bilik air.

“Saya terus menghubungi sepupu emak saya dan memberitahu apa yang berlaku. Dia kemudiannya mengarahkan saya untuk menutup suis utama dan terus memberitahu saya pergi ke rumah jiran. 

“Saya kemudiannya berlari ke rumah jiran di bahagian atas. Mereka bertanya kepada saya di mana ibu dan bapa, saya beritahu dekat bilik air.

“Mereka kemudian menghubungi yang lain dan ambulans,” ujarnya lagi. 

Selain ahli keluarga kedua-dua belah pihak mendiang, hadir bersama menyambut ketibaan mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang.

Previous articleSCS tunjang visi Sarawak jadi negeri maju tahun 2030
Next articleMemasuki hari ke 4, mangsa Eric masih belum ditemui
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here