Tempatan

3 kenderaan bertembung, seorang cedera

SIBU: Satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan telah berlaku di Jalan Tanjong Manis, Sibu pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan pada Jumaat berkata, kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan  iaitu sebuah lori dan dua kenderaan pacuan empat roda.

Bomba diketuai Awang Busrah dengan sepasukan anggota seramai 5 orang bersama sebuah jentera FRT Scania telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai lokasi didapati tiga buah kenderaan telah telibat di dalam kemalangan.

“Salah seorang pemandu di dalam kereta hilux tersepit di bahagian pemandu namun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Antara yang terlibat pemandu lori lori sawit Surin Malang, 26 tahun, pemandu Toyota Hilux Winson Ting Hock Chan, 21 tahun dan pemandu Toyota Hilux Zamri Bujang, 39 tahun serta penumpang Mohd Nierul Niezam Hamdani.

Tambah kenyataan itu, Bomba telah membuat pemantauan di kawasan kemalangan tersebut bagi memastikan kawasan tersebut selamat.

Pasukan Bomba telah berangkat balik ke balai dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 930 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *