Menarik

3 lalat hidup dalam mata wanita

NEW DELHI: Tiga ekor lalat bot berjaya dikeluarkan dari mata seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa baru pulang dari melawat hutan Amazon.

Pihak berkuasa hospital pada Isnin memaklumkan, tiga lalat hidup itu berukuran dua sentimeter dikeluarkan dari mata wanita berusia 32 tahun.

Hospital Fortus di Vasant Kunj dalam kenyataan memaklumkan penyakit dihadapi wanita itu ‘sangat jarang’ berlaku.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), penyakit myiasis seperti yang dialami wanita itu berlaku di kawasan tropika dan subtropika.

“Orang ramai boleh dijangkiti penyakit itu jika melawat ke kawasan tropika seperti Afrika dan Amerika Selatan.

“Mereka yang melancong dalam keadaan tidak sihat selain memiliki luka terbuka lebih berisiko dijangkiti,” katanya.

Pakar berkata, luka yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan pada tisu selain dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan meningitis dan kematian.

Dalam kejadian itu, wanita AS itu mengadu kesakitan pada bahagian atas matanya dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hospital itu juga, wanita terbabit mendakwa berasa seperti ada objek bergerak pada mata kanan sejak beberapa minggu lalu.-AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *