Tempatan 3 suspek ditahan, 15 saman dikeluarkan dalam Ops Mabuk

3 suspek ditahan, 15 saman dikeluarkan dalam Ops Mabuk

15

KUCHING: Sebanyak 15 keping saman telah dikeluarkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam Ops Mabuk yang dijalankan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam kenyataan media pada Ahad berkata, antara kesalahan yang telah dikenal pasti adalah tiada nombor pendaftaran kenderaan, gagal mengemukakan lesen memandu, cukai jalan tamat, ubahsuai struktur kenderaan dan ekzos.

Tambah beliau lagi, 3 orang lelaki tempatan telah ditahan polis bagi membantu siasatan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Previous articleBekas jurukamera menang hadiah utama Borneo FB Live Sales Challenge
Next articleATM gagalkan cubaan 5 tekong tempatan dan 5 warga Indonesia menyusup pulang ke negara asal
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here