Tempatan 300 peserta sahkan penyertaan pertandingan memancing, hadiah lumayan menanti peserta

300 peserta sahkan penyertaan pertandingan memancing, hadiah lumayan menanti peserta

20

SARIKEI: Lebih 300 peserta dari dalam dan luar Sarawak telah mengesahkan penyertaan untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan pada pertandingan memancing sempena Pesta Nanas dan Buah- buahan Sarikei 2022 pada Sabtu ini.

Acara tersebut merupakan anjuran Pejabat Tanah dan Survei Sarikei akan berlangsung di Tebingan Sungai Sarikei.

Menurut Pengusaha Tanah dan Survei Bahagian Sarikei, Thian Choon Kui, pertandingan memancing tahun ini terbahagi kepada dua kategori iaitu tebingan sungai dan sungai.

“Bagi kategori sungai, johan akan menerima hadiah utama berjumlah RM10,000 manakala untuk naib johan RM2,000 dan ketiga RM1,000 di samping hadiah sagu hati turut disediakan.

“Bagi kategori tebingan sungai pula, wang tunai sebanyak RM8,000 menanti pemenang utama,” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Ujar beliau lagi, pertandingan memancing itu antara lain bertujuan mempromosikan Sarikei sebagai destinasi agro pelancongan di kawasan tengah Sarawak.

Previous articleDUN Sarawak lulus Belanjawan Negeri 2023 berjumlah RM10.797 bilion
Next articleSarawak berjaya capai empat perkara menerusi Mesyuarat Khas MA63
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here