Tempatan 33 penghuni hilang tempat tinggal dalam kejadian kebakaran di Kampung Pulo Ulu

33 penghuni hilang tempat tinggal dalam kejadian kebakaran di Kampung Pulo Ulu

3

KUCHING: Seramai 33 orang penghuni hilang tempat berteduh ekoran kejadian kebakaran melibatkan lima buah rumah di Kampung Pulo Ulu, di sini, pagi tadi.

Kejadian tersebut turut memusnahkan sebuah kereta dan motosikal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1.46 pagi.

“Sembilan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi serta dibantu BBP Padungan dan Tabuan Jaya.

“Kebakaran terkawal pada jam 2.18 pagi dan tiada tanda-tanda api merebak di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian dan penghuni berjaya keluar dengan sendiri.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.51 pagi,” katanya.

Previous articleCIDB mampu lahirkan tenaga kerja mahir
Next articleOP Tapis Khas: 240 individu ditahan beserta pelbagai jenis dadah bernilai RM39,058 dirampas
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here