Tempatan 36,385 calon duduki SPM mula hari ini

36,385 calon duduki SPM mula hari ini

11
Dr Norisah Suhaili menunjukkan peraturan peperiksaan SPM pasca COVID-19 yang mengikuti SOP yang ketat ketika mengadakan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph hari ini. - Bernama

KUCHING: Seramai 36,385 calon mendaftar di Sarawak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini hingga 29 Mac 2022.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Norisah Suhaili berkata daripada jumlah tersebut, seramai 34,142 orang atau 93.83 peratus calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 937 orang atau 2.58 peratus calon Sekolah Menengah Swasta.

Selebihnya seramai 316 orang atau 0.87 peratus calon sekolah di bawah agensi lain selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 26 orang (0.07 peratus) calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan 964 orang (2.65 peratus) calon persendirian.

“Kita buka di seluruh Sarawak 257 pusat peperiksaan iaitu 189 pusat di SMK, enam pusat sekolah agensi lain selain KPM, 13 pusat Sekolah Menengah Swasta, satu pusat SMAR dan 48 pusat persendirian di seluruh Sarawak,” katanya ketika ditemui media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Joseph, Kuching pada Rabu.

Katanya, seramai 209 penyelia kawasan dan 3,400 pengawas telah dilantik untuk mengendalikan peperiksaan SPM di seluruh Sarawak.

“Apa sahaja kes yang melibatkan calon positif Covid-19 dan kontek rapat memang kita tidak benarkan mereka menduduki peperiksaan pada masa yang telah dijadualkan,” katanya.

Tambah beliau, bagi calon bergejala atau kuarantin, disahkan positif Covid-19 juga perlu menghubungi pihak sekolah (calon sekolah) dan menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak/Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Sarawak.

Katanya, bagi calon positif (Covid-19) dan kontek rapat yang dikuarantin, mereka akandiberi peluang menduduki semula peperiksaan SPM selepas ini iaitu dijangka pada April.

Ini termasuk calon yang terjejas akibat Covid-19 sebelum ini dan tidak dapat menduduki ujian bertutur, ujian mendengar Bahasa Malaysia, ujian mendengar Bahasa Inggeris, fizik amali sains, amali kimia dan amali biologi. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleHampir 836,000 pelarian meninggalkan konflik di Ukraine
Next articleJangan sebar berita tidak benar dos penggalak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here