Nasional 39 ahli parlimen di Malaysia lompat parti

39 ahli parlimen di Malaysia lompat parti

6

KUCHING: 39 ahli parlimen di Malaysia telah direkodkan melompat parti sejak tahun 2018 hingga kini.

Perkara ini di maklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurutnya, tindakan tersebut membawa kepada ketidakstabilan politik negara dan pada masa telah menyebabkan pertukaran tiga orang Perdana Menteri dalam tempoh sepenggal.

“Selepas Pilihan Raya Umum 2018 (PRU 2018), fenomena melompat parti seperti menjadi satu permainan untuk orang bertukar kerajaan. 

“Selain itu, ia juga kali pertama dalam sejarah Malaysia apabila dalam satu penggal kita melihat perubahan tiga Perdana Menteri. 

“Ini tidak hanya mendatangkan ketidakstabilan politik negara tetapi juga menjadikan ekonomi sukar dijaga dalam tempoh kita sedang berperang dengan pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui selepas melawat projek benteng Kampung Muara Tebas pada Sabtu.

Justeru, kerajaan telah merangka Rang Undang-Undang Antilompat Parti 2022 yang mengambil masa selama lima bulan. 

“Pada peringkat awal, ada yang tidak bersetuju dan ada yang bersetuju dengan RUU itu. 

“Tetapi jika Jemaah Menteri bersetuju pada 6 April nanti, satu persidangan khas telah ditetapkan pada 11 April ini bagi kita bahaskan RUU itu,” katanya. 

Pada 24 Mac lalu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi memaklumkan keputusan Perdana Menteri supaya satu Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang itu dan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri, akan diadakan pada 11 April ini. 

Namun, ia tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 6 April ini. 

Previous articleGadai nyawa redah Sungai Tutoh Baram untuk balik ke Kuching
Next articleSarawak guna CIPM tambah baik kawasan liputan dengan lebih berkesan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here