Tempatan 4 beranak maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler

4 beranak maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler

23

KUCHING: Empat beranak maut selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler berdekatan Simpang Roban, Saratok, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.53 pagi.

Beliau berkata, sejurus panggilan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikejarkan ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai bomba.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan treler.

“Empat orang yang berada dalam kereta jenis Honda City itu tersepit dan semua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan satu tahun.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Identiti semua mangsa yang meninggal dunia serta laporan punca kejadian masih belum diperoleh, manakala pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Previous articleJDT pasukan paling bernilai di Asia Tenggara
Next articleOrang ramai beri penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here