Tempatan 4 entiti sumber dan bekalan air akan digabungkan jadikan satu entiti urus...

4 entiti sumber dan bekalan air akan digabungkan jadikan satu entiti urus bekalan air

17
Women turn on the water to wash their hands in the bathroom. Frequent hand washing to help clean, reduce the accumulation of bacteria and viruses.

KUCHING: Empat entiti sumber dan bekalan air di Sarawak akan digabungkan nenjadi suatu entiti baharu.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, ia melibatkan Lembaga Aor Kuching (LTAK), Lembaga Air Sibu (LAS), Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

“Kami masih mengkaji butiran akhirnya dengan juruperunding. Setelah semuanya teratur, kami akan membawanya ke Kabinet (Sarawak),” katanya pada sambutan Majlis Sambutan Aidilfitri di sebuah hotel pada Sabtu.

Ujar Datuk Julaihi lagi, pihaknya berhasrat supaya satu entiti sahaja akan menguruskan sumber dan bekalan air di negeri ini bagi meningkatkan kecekapan dan juga menyeragamkan keseluruhan pengurusannya.

“Ini kerana air adalah keperluan harian orang ramai, air adalah kehidupan, maka penting untuk kami menguruskannya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Tambah beliau lagi, penggabungan ini berkemungkinan akan berlaku pada penghujung tahunan.

“Pihak kami akan menyelesaikannya secepat mungkin,” jelasnya.

Previous articleSarawak sedia pinda undang-undang perumahan, siap sepenuhnya baharu jual
Next articleKapal udara China catat rekod dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here