Tempatan 4 pesara polis Sarawak terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

4 pesara polis Sarawak terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

11

KUCHING: Empat pesara polis Kontinjen Sarawak menerima kunjungan Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Zaini Jass dalam Program Jejak Perwira di sini pada Selasa.

Dalam kunjungan itu, beliau telah menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) serta sijil penghargaan kepada Koperal (Bersara) Harry Mohd Nusi, Lans Koperal (Bersara) Bujang Hassim, Lans Koperal (Bersara) Razali Majuki dan Lans Koperal Sokongan (Bersara) Rosli Marzuki di kediaman masing-masing.

Penyerahan pingat dan sijil ini diadakan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta khidmat bakti mereka di zaman era darurat.

Terdahulu, mereka tidak dapat menghadiri majlis penyerahan P.J.P.N secara istiadat rasmi polis disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Dato’ Zaini tiba pada Isnin dalam rangka lawatan beliau ke Sarawak.

Selain itu, turut disampaikan cenderahati kepada para pesara tersebut oleh Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato Mancha Ata dan Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah.

Hadir sama pada penyerahan pingat serta sijil tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Maklumat Sumber Manusia) Bukit Aman, SAC Tuan Ahmad Subri Ahmad, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Tuan Gilbert Philip Layang serta Penolong Pengarah Pengurusan (Pembangunan) Hal Ehwal Pesara Polis, ACP Zailanni Amit.-SN

Previous articleHad kapasiti pekerja, majlis keramaian dimansuhkan – Ismail Sabri
Next articlePeralihan Fasa Endamik: MIS akan kemaskini SOP masjid ikut situasi semasa
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here