Nasional 407,097 calon SPM 2021 terima keputusan hari ini

407,097 calon SPM 2021 terima keputusan hari ini

11

KUALA LUMPUR: Seramai 407,097 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan mendapat keputusan masing-masing hari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing bermula jam 10:00 pagi.

Manakala, bagi calon persendirian, slip keputusan akan dihantar melalui pos pada tarikh sama.

Selain menyemak di sekolah masing-masing, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh memilih dua kaedah lain untuk mendapatkan keputusan menerusi dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my bermula jam 10 pagi hari ini hingga 6 petang 24 Jun.

Selain itu, calon juga boleh mendapatkan rumusan keputusan berkenaan melalui SMS dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan dihantar ke nombor 15888.

Sistem ini akan diaktifkan bermula jam 10:00 pagi hari ini sehingga jam 6:00 petang pada 22 Jun 2022.

Previous articleKonvensyen PBB Sarawak Ke-15 kali ini bawa tema kestabilan politik, kemakmuran dan kecemerlangan
Next articleDatuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Inspirasi Kemenangan GPS dan PBB Dalam PRN12 Sarawak Lepas
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here