Tempatan 6 bazar Ramadan diadakan di kawasan MPP tahun ini

6 bazar Ramadan diadakan di kawasan MPP tahun ini

5

KUCHING: Sebanyak 6 bazar Ramadan akan diadakan di kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pada tahun ini.

Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim berkata, tiga lokasi bazar Ramadan akan dianjurkan pihak swasta manakala tiga lagi lokasi lain akan dianjurkan pertubuhan komuniti setempat.

“Tiga lokasi yang akan dianjurkan pihak swasta ialah di kawasan parkir Emart Matang yang dianjurkan oleh Emart Reality (Kuching) Sdn Bhd, di kawasan parkir Emart Batu Kawa (Emart Property Batu Kawa Sdn Bhd) dan Prince Commercial Centre Batu 7 (Azfa Success Enterprise).

“Manakala, tiga lokasi yang dianjurkan pertubuhan komuniti setempat ialah di Sentosa Square yang dianjur oleh Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak, tempat letak kereta di kedai Taman Malihah (Jawatankuasa Taman Malihah Fasa 1) dan tempat letak kereta Pusat Komersial Lee Ling Matang (Kelab Silat Olahraga Gerak Kuntau Melayu Asli),” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Bazar Ramadan 2022 di Dewan MPP di Kota Padawan pada Khamis.

Tambah Datuk Ahmad, Kerajaan Sarawak juga bersetuju memberikan pengecualian bayaran lesen dan yuran kepada penganjur Bazar Ramadan Berpusat di MPP tahun ini disebabkan terkesan akibat pembatalan penganjuran bazar Ramadan, dua tahun sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, peserta dan penjual di bazar Ramadan masih perlu membayar sewa kepada penganjur.

Previous article7,269 tangkapan salah guna dadah, substance di Sarawak pada 2021
Next articleJalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuching-Bau dan Jalan Stephen Yong ditutup sementara – JKR Bahagian Kuching
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here