Nasional

6 individu dilantik baharu sebagai ahli panel badan pemantau bebas SPRM

PUTRAJAYA: Enam individu telah dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh dua tahun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, SPRM memaklumkan lima daripada mereka dilantik sebagai ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) yang merupakan lantikan semula manakala seorang lagi sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) baharu bagi menggantikan seorang ahli panel bebas tersebut yang meletak jawatan pada Disember tahun lalu.

Surat cara pelantikan PPO dan PPPR itu telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Kesemua individu yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar dari pelbagai bidang untuk mewakili masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM.

Ahli-ahli PPO terdiri daripada:

1. Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)

Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara

2. Datuk Mohd Faudzi Hj Che Mamat (Ahli)

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

3. Datuk Abdul Manap Dim (Ahli)

Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri

4. Datuk Indera Azimah Abd Hamid (Ahli)

Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

5. Dr. Mazlan Haji Ahmad (Ahli)

Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia

Ahli terbaru PPPR ialah:

Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (Ahli) 

Naib Pengerusi Eksekutif, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)

Tempoh pelantikan ahli PPO dan PPPR berkuat kuasa mulai 1 April 2022 hingga 31 Mac 2024. -ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *