KUCHING: Sebanyak 60 kontinjen akan menyertai Perarakan Jalan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang akan diadakan di Kuching pada Sabtu ini.
Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, kontinjen yang terlibat dalam perarakan itu nanti adalah terdiri daripada agensi kerajaan Sarawak, institusi akademik, sekolah dan organisasi swasta.
Menjelas lanjut dalam satu sidang media di sini pada Rabu, Sebastian Ting memberitahu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), wakil kumpulan etnik dan badan bukan berkanun (NGO) juga akan terlibat.
Ujar beliau, kontinjen perarakan berkenaan itu nanti akan mengetengahkan tema inklusiviti masyarakat.
Foto: UKAS
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/