Tempatan

62 lagi kanak-kanak Sarawak terima taraf kewarganegaraan

KUCHING: Seramai 62 orang lagi kanak-kanak di negeri ini menerima taraf kewarganegaraan selaras dengan perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dalam satu majlis yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada Isnin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyerahan itu adalah sebahagian daripada 946 pemohon yang telah dipertimbangkan oleh kerajaan sebagai layak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.

Menurutnya, sejak isu kewarganegaraan tersebut dikemukakan, ia dapat diselesaikan hanya dalam masa tujuh bulan, setelah ia tertunggak sejak tahun 2014.

“Kini, semua 946 permohonan itu sudah diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media, Saifuddin memuji Kerajaan Sarawak yang mempunyai pangkalan data yang lengkap dan memudahkan segala proses permohonan.

“Kerajaan Sarawak memiliki satu pengkalan data yang memudahkan kita untuk mengenal pasti dan dengan adanya petugas khas, kita tahu lokasi mereka di mana.

“Sarawak adalah negeri yang luas dan kerjasama ini amat memudahkan kita,” ujar beliau lagi.

Foto: UKAS

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *