Nasional 7.5 juta rakyat Malaysia belum mengambil dos penggalak

7.5 juta rakyat Malaysia belum mengambil dos penggalak

7

KUCHING: Sejumlah 34.4 peratus atau 7.5 juta golongan dewasa di negara ini masih belum menerima dos penggalak.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Sabtu, jumlah itu termasuk 835,000 warga emas dan 2.1 juta penerima dos vaksin jenis Sinovac.

Menurut KKM lagi, kumpulan ini akan kehilangan status lengkap vaksinasi pada 1 April jika tidak menerima dos penggalak.

Sehubungan itu, KKM menyeru mereka yang belum menerima dos penggalak untuk menempah janji temu mereka di MySejahtera sekarang.

Jelas KKM, pengambilan vaksin COVID-19 dan dos penggalak untuk warga emas dan kepada yang mereka yang berisiko tinggi amatlah penting kerana ia mampu merangsang sistem imuniti membentuk perlindungan optima bagi melawan jangkitan virus COVID-19.

Selain itu, ia juga bagi melindung pesakit COVID-19 dari gejala teruk dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSarawak turut beralih ke Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April
Next articlePelaksanaan gaji minimum RM1,500 bermula Mei ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here