Tempatan 8 barangan diletakkan di bawah SHMPHG bermula 29 Mei hingga 4 Jun...

8 barangan diletakkan di bawah SHMPHG bermula 29 Mei hingga 4 Jun ini

7

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri telah melancarkan Skim Harga Maksimum Perayaaan Hari Gawai (SHMPHG) selama tujuh hari.

Ketua KPDNKK Cawangan Miri Joe Azmi Jamil berkata Skim Harga Maksimum Perayaaan Hari Gawai dikuatkuasakan dalam tempoh 29 Mei hingga 4 Jun depan.

“Sebanyak 8 barangan Skim Harga Maksimum Perayaaan Hari Gawai bagi Miri iaitu ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih (China) dan kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Joe Azmi, ini termasuk juga cili kering, babi hidup (dikawal diperingkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Justeru, kewajipan peniaga adalah tidak menjual harga melebihi barang kawalan, meletak tanda harga merah jambu, memastikan bekalan mencukupi di pasaran serta mengguna alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan.

Peniaga yang sengaja menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah dengan niat untuk membuat keuntungan tinggi berlebihan, akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Bagi individu yang didapati bersalah akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun sementara syarikat pula didenda sebanyak RM500,000 atau kompoun RM250,000.

Peniaga perseorangan yang tidak meletakkan tanda harga akan didenda RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan atau dikompoun RM25,000.

Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan boleh menghubungi 03-80008000 atau 1800-886-800 atau melayari laman sesawang www.kpndhep.gov.my.

Previous articleMASwings tambah penerbangan di Sarawak sempena sambutan Gawai Dayak
Next articlePemindahan pusat operasi Shell jadikan Miri sebagai pusat strategik industri minyak dan gas di rantau ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here