Tempatan 8 Pelajar SM Sains Kuching harumkan nama negara di IABO 2022 

8 Pelajar SM Sains Kuching harumkan nama negara di IABO 2022 

20

KUCHING: Seramai 8 orang pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching telah mengharumkan nama negara selepas memenangi pingat emas dalam International Applied Biology Olympiad (IABO) 2022 di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Mereka berjaya membawa pulang satu pingat emas serta pemenang utama, dua emas, dua perak dan tiga gangsa. 

Angelina Andrew Ragai bersama pasukannya SainsKu berjaya memenangi hadiah utama dan pingat emas, manakala Anissa Christy Mojik dan Phildenia Shiavonie Paulus masing-masing turut membawa pulang pingat emas.

Tidak menghampakan, Nur Zuyyin Muhamad Adzhar dan Shazriel Iman Shaharudin juga masing-masing membawa pulang pingat perak.

Ini disusuli tiga lagi ahli kumpulan Wiro Andy Alfred, Theodore Morcelli Lawrence Macwell dan Nurul Kamilah Abu Bakar yang membawa pulang masing-masing pingat gangsa.

Selain SM Sains Kuching yang mewakili negara, IABO 2022 yang diadakan dari 30 Jun hingga 3 Julai itu turut disertai 16 negara lain dari seluruh dunia antaranya Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Kazakhstan, Mexico, Peru dan Bangladesh. 

Pada pusingan akhir itu hanya 120 orang yang terpilih daripada 16 negara yang layak.

IABO ialah platform pertandingan antarabangsa di mana pelajar dari gred 9 hingga 12 bersaing dan soalan disediakan selaras dengan falsafah pendidikan STEM dan menggunakan pemikiran kreatif dan kritis. 

Penyertaan yang berjaya ke pusingan akhir adalah dari Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Kazakhstan, Mexico, Peru dan Bangladesh.

Previous articleATM sedia bantu banteras penyelewangan barangan ke negara Jiran
Next articlePencapaian UiTM membanggakan, berjaya lahirkan lebih 600,000 siswazah dalam pelbagai bidang 
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here