Tempatan

82 gerai tawar aneka juadah berbuka di Bazar Ramadan Sukma Ria

KUCHING: Bazar Ramadan Sukma Ria menyediakan 82 gerai yang menjual pelbagai jenis juadah makanan dan minuman sempna bulan Ramadan kali ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berharap, peniaga-peniaga di situ akan sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti makanan untuk pembeli.

“Peniaga hendaklah memastikan makanan yang dijual merupakan makanan yang baru dimasak dan selamat dimakan untuk pembeli-pembeli terutama dalam bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian bazar berkenaan hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman.

Bazar Ramadan ini telah bermula semalam (12 Mac) dan akan beroperasi hingga 9 April 2024 sama seperti Bazar Ramadan lain yang dikelolakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Tahun ini, DBKU juga turut berkolaborasi bersama dengan pihak CCK Fresh Mart, Lee Ming Press Sdn Bhd dan Media Venture Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *