Tempatan

Aaron Ago Dagang terima gelaran Dato Sri, ketuai penerima anugerah dan pingat Yang Di-Pertua Negeri Sarawak

KUCHING: Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang mendahului senarai penerima anugerah dan pingat daripada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit dianugerahkan dengan Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri.

Sembilan individu lain yang turut menerima anugerah sama ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Tan Sri Sulong Matjeraie, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, bekas Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Dato Sri Wahab Dollah, bekas Menteri Muda Antarabangsa Perdagangan dan Perindustrian Dato Sri Mohamad Naroden Majais, bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Sarawak Dato Sri Abdul Ghafur Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Persahabatan Malaysia-Turki (MTF) Dato Sri Dr Qamarul Naim Mohamad Faizal.

Sementara itu, 12 individu lain menerima Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk iaitu bekas duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Khalid Ghanim Mohammad Alghaith (Kehormat); Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya; Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo; Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat.

Turut menerima Timbalan Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Datuk Martin Ben; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee; mantan Pesuruhjaya polis Sarawak Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri; Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili dan mantan Ahli Parlimen Rajang Datuk Jawan Empaling.

Tan Sri Dr Wan Junaidi turut menganugerahkan 11 individu dengan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu iaitu kepada Datu Hasmawati Sapawi, Datu Chew Chee Yau, Datu Azmi Bujang, Datu Wong Hee Seng, Datu Lester Mathew, Datu Felicia Tan, Datu Ir. Richard Tajan, Datu Elean Mersa’at, Datu Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Datu Dr Adrian Susin Ambud dan Datu Khalidi Ibrahim.

Selain itu, 21 individu lagi dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato iaitu Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, ADUN Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang, ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Mejar Jeneral Dato Hassan Embong, Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman, Dato Abdul Rahman Sebli Senusi, Dato Yeo Tiong Chia, Dato Dr Kalwinder Singh Khaira, Dato Dr Saadiah Abdul Rahman, Leftenan Kolonel (Bersara) Dato Anwar Basah Khan Zakaria, Dato Temengong Harrison Lading Lunsa, Dato Janin Giri, Dato Mohammad Ibrahim, Dato Abang Noordin Abang Zainuddin, Dato Halmi Hazmi, Dato Abang Affandi Abang Annuar dan Dato Mohamad Trang Issa.

Pada masa sama, dua individu yang dianugerahkan Johan Bintang Kenyalang (JBK); dua individu dianugerahkan dengan Johan Perkhidmatan Cemerlang (JBC); 22 individu dianugerahkan dengan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC); 17 dianugerahkan dengan Pegawai Bintang Sarawak (PBS); 11 dianugerahkan Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) dan 15 dengan Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB).

Anugerah dan pingat ini telah dikurniakan tahun lepas sempena hari lahir rasmi mantan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Kredit foto: UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *