Tempatan

Abang Rahmat, CEO Lembaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak

KUCHING: Abang Rahmat Yusuf telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak

Dalam satu kenyataan semalam, Lembaga berkenaa berkata, pelantikan itu berkuatkuasa  pada 29 Januari 2024.

Katanya, Abang Rahmat, 48 tahun berkelulusan dalam Sarjana Pentadbiran Awam daripada Universiti Harvard.

“Beliau sebelum ini merupakan Ketua Perbankan Pelaburan (Malaysia) di CLSA Securities dari tahun 2019 hingga 2024 di mana beliau mengetuai latihan penjanaan dana termasuk Initial Public Offering (IPO) dan penempatan untuk pelanggan institusi dan korporat.

“Manakala dari tahun 2004 hingga 2019, beliau bekerja sebagai Pengarah Pelaburan di Khazanah Nasional di mana beliau menubuhkan dan mengetuai Pejabat Wilayah Khazanah Turki di Istanbul meliputi Turki, Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan (MENA) dan Afrika Sub-Sahara,” jelasnya.

Kenyataan sama memberitahu, Abang Rahmat juga merupakan Pengarah Penyelia bagi Financial Institutions Group (FIG) yang kemudiannya mewakili 20 peratus portfolio Khazanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *