Tempatan

Acara perarakan kapal berhias di Tebingan Sungai Kuching 29 Julai ini akan bermula 8.15 malam

KUCHING: Warna-warni kapal berhias yang akan berarak di Tebingan Sungai Kuching pada 29 Julai ini akan bermula jam 8.15 malam.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, acara akan dimulakan dengan persembahan daripada jetski diikuti dengan perarakan perahu tambang dan seterusnya pertandingan kapal berhias.

“Acara itu bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sebagai tetamu kehormat,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Isnin.

Henry yang juga Timbalan Menteri Bertanggungjawab memaklumkan, bagi memberi kesempatan pada orang ramai melihat dengan lebih dekat kapal berhias tersebut, kapal berhias yang menang akan berlabuh di hadapan Tebingan Sungai Kuching pada 30 Julai sehingga tengah malam.

Beliau juga memaklumkan, selain perarakan, orang ramai juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan terkenal seperti Dayang Nurfaezah dan Hafiz Suip pada malam berkenaan.

Kapal berhias yang bertanding melibatkan 20 penyertaan daripada kementerian dan agensi dibawahnya, badan berkanun serta syarikat swasta.

Foto: UKAS

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *