Tempatan ADUN Dudong peruntukan dana RM100,000 perangi Demam Babi Afrika

ADUN Dudong peruntukan dana RM100,000 perangi Demam Babi Afrika

6

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Seri Tiong King Sing telah memperuntukan RM100,000 bagi memerangi wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang melanda Daerah Sibu.

Beliau dalam pasa itu, turut menggesa pihak berkuasa untuk menyatukan usaha mereka bagi mencegah sebarang penularan jangkitan bagi wabak berkenaan.

Jelas Datuk Seri Tiong, dana itu telah diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sibu.

“Berikutan perintah penutupan selama 60 hari ke atas rumah penyembelihan Majlis Perbandaran Sibu (SMC) yang telah terjejas oleh wabak itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sibu, Jabatan Tanah dan Ukur,  Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu perlu mengambil tindakan segera.

“DVS dan SMC juga perlu menjalankan operasi nyahkuman dalam tempoh tujuh hari dan menggubal prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah jangkitan di rumah penyembelihan, termasuk membersihkan kenderaan pengangkutan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau juga meminta SMC menaik taraf kemudahan yang berkaitan di rumah penyembelihan bagi memastikan penyembelihan haiwan dilakukan dalam persekitaran yang selamat dan bersih bagi mencegah penularan ASF.

“Ini harus memastikan pengguna tidak membeli daging yang dijangkiti secara tidak sengaja, dan rumah penyembelihan mungkin dibuka semula dalam masa terdekat,” tambah beliau.-SN

Previous articleKaji semula peruntukan khas bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan
Next articleGua Pari-Pari dibuka semula kepada orang ramai
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here