KUCHING: Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak tidak hadir di Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ke-19 di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.
Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, mereka yang tidak hadir terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting Yew dan ADUN Repok Dato Sri Huang Tiong Sii disebabkan positif COVID-19 pada Jumaat dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Sementara itu, menurut Datu Len dalam facebook rasminya berkata, mereka bertiga telah diberikan “Leave of absence” kerana menjalani kuarantin kendiri di rumah akibat positif COVID-19.
Saya sudah menjalankan kuarantin di rumah dan InsyaAllah akan berakhir pada hari Ahad 20 Februari 2022.
“Saya disahkan positif dalam Kategori 2A dan keadaan saya ketika ini, Alhamdulillah sudah tidak mengalami simptom COVID-19 lagi,” katanya pada Isnin.
Beliau turut berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kata-kata peransang dan doa agar sihat serta meminta semua “Stay Healthy Stay Safe’.-SN