Nasional

Agong berhasrat santuni rakyat di lokasi tidak dapat disinggahi semasa Kembara Kenali Borneo lepas

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berhasrat kembali lagi ke Borneo pada masa hadapan.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin, Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi di negeri Sabah dan Sarawak seperti yang telah dirancangkan.

“Baginda bertitah, sekiranya keadaan mengizinkan, baginda berhasrat berangkat menyantuni rakyat di lokasi-lokasi tersebut di masa hadapan.

“Selanjutnya, sekiranya keadaan tidak mengizinkan, bermungkinan paduka-paduka anakanda akan mewakili baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Indera Zahari juga menjelaskan, di Sabah, rombongan Kembara Kenali Borneo tidak dapat singgah di Menara Kayangan, Lahad Datu yang telah dijadualkan pada 4 September 2023 dan Tagal, Sungai Moroli, Ranau pada keesokan harinya (5 September 2023).

Manakala, di Sarawak pula katanya, rombongan tidak dapat mengunjungi Tokong Yu Lung Sian En Si, Sibu yang telah dijadualkan pada 11 September 2023 dan juga tidak dapat mengunjungi Masjid Bandar Sri Aman dan kemudiannya, Fort Alice di Sri Aman pada keesokan harinya (12 September 2023).

“Baginda berdua serta rombongan tidak berkesempatan singgah di lokasi-lokasi tersebut atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan bukanlah disengajakan.

“Seri Paduka Baginda berdua, dalam menyantuni ribuan rakyat yang menunggu sepanjang jalan, juga mengejar masa untuk berangkat tiba di majlis-majlis santapan malam bersama rakyat yang melibatkan kehadiran ratusan atau ribuan hadirin pada waktu yang telah ditetapkan di hari-hari berkenaan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara itu, Seri Paduka Baginda berdua amat prihatin terhadap keterujaan dan semangat kasih rakyat yang seta menunggu ketibaan rombongan untuk bertemu, bersalaman dan bergambar dengan Baginda berdua di lokasi-lokasi tersebut.

Foto: JAPEN

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *