Tempatan Ahli Parlimen Sri Aman keluar PSB, sokong kepimpinan Ismail Sabri

Ahli Parlimen Sri Aman keluar PSB, sokong kepimpinan Ismail Sabri

10

KUCHING: Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat (gambar) mengumumkan keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini selepas menyertai parti itu pada Mac 2019.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Presiden PSB berkata keputusan ini dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan penyokong akar umbi di kawasannya.

Turut dipertimbangkannya ialah beberapa faktor utama yang antaranya adalah ketidakstabilan politik di negara ini yang disifatkannya menjejaskan ekonomi, pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

“Saya percaya langkah terbaik untuk mara ialah mengetepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara tercinta ini.

“Perdana Menteri kita sedang melakukan segala yang perlu bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi tempoh yang sukar ini dan saya perlu memainkan peranan saya dengan menyokong sepenuhnya kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu, merupakan Ahli Parlimen Sri Aman sejak 2008 dan memenangi Pilihan Raya Umum pada 2018 menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) menerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS). – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleTimbalan Premier Sarawak Bincang Kepentingan Bersama Sarawak Dan Kalimantan Di Jakarta Indonesia
Next articlePengeluaran khas KWSP boleh dibuat menerusi portal bermula 1 April ini, dibuat satu bayaran sahaja
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here