Tempatan Ahmad Johnie dijangka kekal calon GPS di Parlimen Igan

Ahmad Johnie dijangka kekal calon GPS di Parlimen Igan

17

KUCHING: Selepas Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Nancy Shukri diberikan bayangan akan dikekalkan sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, satu lagi calon kini kedengaran di Parlimen Igan.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberi bayangan penyandang kerusi parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, bakal dinamakan semula sebagai calon pada PRU-15.

Beliau berkata, secara tradisi kerusi parlimen itu sememangnya milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menerajui gabungan GPS.

“Kita belum tentukan lagi siapa calon di kawasan Igan, tetapi saya beri bayangan bahawa dia (Ahmad Johnie) masih muda, baru satu penggal.

“Kita lihat dia juga masih kuat (mungkin) dia sahaja la,” katanya selepas menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Matu 2022 di Matu, hari ini.

Pada PRU14, Ahmad Johnie menang dengan majoriti 8,495 undi menewaskan calon dari PKR Andri Zulkarnaen Hamden.

Previous articleLelaki hilang di Sungai Telong, Batu Niah mungkin mangsa sang bedal
Next articlePemandu & penumpang terselamat dari maut dalam kemalangan kendiri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here