Tempatan

Air Asia tawar tambang tetap, raikan Pesta Keamatan, Gawai Dayak 

KUCHING: Syarikat penerbangan Air Asia menawarkan tambang tetap sempena perayaan Pesta Keamatan dan Gawai Dayak pada tarikh antara 27 dan 31 Mei 2023.

Air Asia menerusi kenyataan medianya berkata, tawaran ini sebagai menyokong inisiatif Kementerian Pengangkutan bagi menawarkan penerbangan pada tambang tetap sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini yang disambut pada 30 Mei hingga 2 Jun ini. 

Jelas kenyataan itu lagi, promosi harga itu telah tersedia untuk tempahan tiket sehala bermula 20 hingga 31 Mei 2023.

Untuk laluan Semenanjung ke Sabah, tempoh perjalanan di antara 27 hingga 29 Mei ini pada harga RM352 sehala. Manakala, bagi laluan Semenanjung ke Sarawak adalah antara 29 dan 31 Mei 2023 dengan harga RM346 sehala.

Semua tambang penerbangan termasuk cukai, caj berkaitan, surcaj bahan api serta bagasi 20 kg yang tertera ‘bagasi percuma’ untuk dipilih semasa membuat tempahan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat turut memaklumkan Air Asia juga akan menambah penerbangan komersial tambahan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sibu untuk menambah kapasiti bagi kedua-dua destinasi tersebut dalam tempoh perayaan ini. 

Begitu juga, syarikat penerbangan jarak sederhana, AirAsia X yang mengendalikan pesawat berbadan lebar yang lebih besar juga akan mengendalikan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk memastikan tambahan kapasiti tersedia bagi memenuhi peningkatan permintaan. 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *