Nasional Tempatan

AirAsia tawar kadar penerbangan tetap antara Semenanjung dan Sarawak 19 hingga 30 April ini 

KUCHING: AirAsia Berhad memperkenalkan penerbangan tambahan istimewa pada kadar rendah dan tetap antara Semenanjung dan Sarawak dari 19 hingga 30 April ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, tawaran harga tiket serendah RM199 sehala ini bagi mengelak kenaikan tambang penerbangan menaik secara mendadak.

Beliau berkata kempen ini adalah untuk menangani kebimbangan orang ramai mengenai tambang penerbangan yang mahal pada musim perayaan.

“Bagi mana-mana perayaan, orang ramai akan menghadapi masalah untuk menempah penerbangan pulang ke kampung halaman kerana tempat duduk yang terhad dan kadar penerbangan yang terlalu tinggi.

“Justeru, kami menggesa orang ramai untuk menempah tiket mereka seawal mungkin,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Zoom dengan kakitangan di ibu pejabat AirAsia Berhad di Selangor, semalam.

Dalam masa yang sama, Lee turut menggesa syarikat penerbangan itu memainkan peranan penting untuk orang ramai dan kerajaan dengan menawarkan kekerapan penerbangan yang lebih banyak ke Sarawak.

“Ini akan memastikan tambang penerbangan dihadkan pada harga yang berpatutan bagi memastikan rakyat Sarawak boleh pulang ke kampung halaman dan kembali bekerja atau belajar, terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya.-SUARA SARAWAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *