Nasional Akta Antilompat Parti pastikan tiada lagi ahli politik ambil kesempatan – Penganalisis...

Akta Antilompat Parti pastikan tiada lagi ahli politik ambil kesempatan – Penganalisis politik

8

KUALA LUMPUR : Penggubalan Akta Antilompat Parti akan memastikan tiada lagi wakil rakyat yang mengambil kesempatan untuk mengubah parti masing-masing sehingga menjejaskan kepimpinan pentadbiran negara.

Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Marthada Mohamad berkata, tindakan wakil rakyat itu bertentangan dengan kemahuan rakyat yang mahukan kestabilan politik.

“Ada individu-individu atau ahli-ahli politik yang mengambil kesempatan untuk mengubah parti masing-masing sehingga menjejaskan pentadbiran kepimpinan dalam negara.

“Ini yang diinginkan masyarakat, iaitu mereka mahu kestabilan. Mereka (yang lompat parti) tidak menjaga langsung masyarakat, dan tidak menjaga demokrasi rakyat, menyebabkan rakyat hilang keyakinan.

“Jadi kalau nak mengembalikan keyakinan, kena ada akta-akta yang sesuai supaya mereka tidak ambil kesempatan walaupun rakyat menaruh harapan tinggi terhadap mereka. Namun kerana kepentingan diri sendiri itu melebihi kepentingan negara, maka inilah (lompat parti) yang terjadi,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.

Katanya lagi, institusi politik negara perlu berdiri utuh dan proses demokrasi dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan kestabilan.

“Ada kalangan ahli politik lompat parti sehingga politik tidak stabil dan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap mereka itu terhakis,” tambahnya. -ASTRO AWANI

Previous articleMahkamah tetapkan 21 Jun depan sebutan semula kes bunuh Eric Chang
Next articleIni tiga punca utama kenapa rakyat tidak minat untuk mengundi
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here