Tempatan Anggota tentera maut, ditikam isteri menggunakan pisau

Anggota tentera maut, ditikam isteri menggunakan pisau

23

KOTA SAMARAHAN: Seorang anggota tentera maut dipercayai ditikam isterinya di kediaman mereka di Kem Penrissen di sini, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram, kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan di antara mangsa dan isterinya sekitar jam 10.30 malam.

Katanya, suspek mulanya menggertak mangsa menggunakan sebilah pisau jenis pemotong sayur sebelum dipercayai tertikam paha kiri mangsa sehingga menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

“Mangsa kehilangan banyak darah dan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di HUS,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Mayat mangsa yang berusia 28 tahun itu telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala, suspek yang berusia 24 tahun kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

“Turut dirampas ialah sebilah pisau pemotong sayur dan pakaian suspek semasa kejadian,” katanya.

Previous articleCubaan menuntut pil dadah tidak kesampaian, penganggur ditahan
Next articleTersalah berbuka awal ikut azan radio, puasa batal dan wajib diganti
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here