KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak memperoleh aset tambahan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dalam pengurusan bencana terutamanya di kawasan pedalaman.
Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak (PUSPA) di sini pada Jumaat.
Semasa berucap, Douglas Uggah yang membacakan teks ucapan Premier Sarawak memberitahu, setakat ini lapan kenderaan pacuan empat roda telah sampai, manakala tujuh kenderaan lagi dijangka diterima dalam masa terdekat.
“Sebanyak 15 buah ambulans pacuan empat roda diterima oleh APM Sarawak untuk kegunaan di Sarawak.
“Keadaan geografi di Sarawak amat memerlukan kenderaan sedemikian,” katanya.
Sementara itu, dalam program sama, seramai sembilan individu menerima pelantikan sebagai pegawai bersekutu.
Foto: UKAS
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/