Dunia AS tidak mewajibkan pelancong tiba melalui laluan udara jalani ujian COVID-19

AS tidak mewajibkan pelancong tiba melalui laluan udara jalani ujian COVID-19

7

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tidak mewajibkan pelancong antarabangsa yang tiba melalui laluan udara menjalani ujian saringan COVID-19, menjadikan ia antara langkah besar dalam penarikan sekatan menangani wabak itu.

Penolong Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Kevin Munoz mengesahkan berita itu di Twitter malah media AS melaporkan langkah itu dijangka ditamatkan hujung minggu ini, susulan gesaan industri pelancongan negara itu.

Sebelum memulakan penerbangan, semua penumpang hanya perlu menunjukkan keputusan negatif ujian COVID-19 yang dibuat sebelum perjalanan atau bukti mereka pulih daripada jangkitan virus itu dalam tempoh 90 hari.

Munoz berkata, tindakan dan keputusan dibuat Presiden AS, Joe Biden berkaitan rawatan dan vaksin pandemik itu dianggap kritikal untuk melonggarkan sekatan perjalanan dan menjelaskan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit akan terus menilai data COVID-19 susulan peningkatan kes baru-baru ini.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Biden, Brian Deese memberitahu CNBC, mereka percaya terhadap kemajuan yang dilakukan untuk menyediakan protokol COVID-19 untuk menarik semula larangan itu.

“Saya fikir langkah ini (tarik balik ujian COVID-19 kepada pelancong antarabangsa) akan menjadi berita baik untuk ahli perniagaan, syarikat dan sektor perdagangan AS,” katanya.

Persekutuan industri Airlines4America dalam satu kenyataan menyambut baik langkah itu dan turut menghargai keputusan pentadbiran untuk menarik balik keperluan ujian pra-berlepas selaras dengan persekitaran epidemiologi semasa.

Sebelum ini, banyak larangan di seluruh AS sudah ditarik semula baru-baru ini berlaku peningkatan dalam jumlah kes virus harian, sebahagian besarnya disebabkan oleh subvarian Omicron baharu.

Kira-kira 300 orang mati setiap hari di negara itu akibat COVID-19 namun angka itu menurun berbanding Februari lalu, dengan purata harian melonjak kepada 2,700 kes.

Vaksin juga diberikan secara percuma dan tersedia secara meluas, tetapi kadar pengambilan berbeza ketara di antara negeri. Di seluruh negara, 66.7 peratus daripada jumlah populasi diberi vaksin sepenuhnya, meningkat kepada 91.2 peratus bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. – AFP

Previous articlePemergian Ahmad Urai kehilangan besar kepada Sarawak, Malaysia – Abang Johari
Next articlePemuda maut selepas kereta Porsche dipandunya terbabas
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here