Nasional

Asfia dilantik semula Speaker DUN Sarawak hingga November 2025

KUCHING: Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar telah dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-9 bermula 16 November 2023 sehingga 15 November 2025.

Majlis istiadat angkat sumpah telah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman rasminya di sini pada Isnin.

Tandatangan surat sumpah sebagai Speaker DUN Sarawak untuk tempoh dua tahun itu juga turut dilakukan dalam majlis istiadat tersebut.

Turut hadir semasa majlis istiadat angkat sumpah itu ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian

Untuk rekod, Asfia dilantik kali pertama sebagai Speaker DUN Sarawak pada 15 November 2000 dan pernah dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak pada 1995 hingga 2000.

Kredit foto: UKAS

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *