Tempatan

Astana beri jaminan Tun Taib semakin pulih

KUCHING: Astana Negeri Sarawak sekali lagi ingin memberi jaminan kepada rakyat Sarawak bahawa keadaan Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semakin pulih.

Setiausaha Sulit Yang Dipertua Negeri Junih Salleh Ahmad berkata, dengan nasihat doktor, beliau akan pulang tidak lama lagi.

“Kita berharap rakyat bersabar dan tidak mudah terpedaya dengan berita dan spekulasi yang tidak dapat dipastikan mengenai kesihatan Tun sekarang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pihak Astana mengeluarkan kenyataan berkenaan bagi mengelak lebih banyak berita palsu dan salah faham masyarakat Sarawak tentang keadaan kesihatan Tun Taib disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *