Tempatan ATM gagalkan cubaan 5 tekong tempatan dan 5 warga Indonesia menyusup pulang...

ATM gagalkan cubaan 5 tekong tempatan dan 5 warga Indonesia menyusup pulang ke negara asal

32

LUNDU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengagalkan cubaa 5 lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup pulang ke negara asal melalui jalan tikus di sini pada Sabtu.

Mereka ditahan di kawasan Ladang Kelapa Sawit, Rimbunan Hijau sekitar 735 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia pada jam 1.45 petang.

Markas Divisyen Pertama Infantri dalam kenyataan medianya berkata, ketika kejadian anggota seksyen telah menahan 5 buah motosikal yang mencurigakan di kawasan tersebut ketika sedang melakukan rondaan.

“Setelah pemeriksaan dibuat, 5 lelaki warga tempatan berusia 28 hingga 41 tahun dipercayai bertindak sebagai tekong yang membawa 5 lelaki warga Indonesia berusia 17 hingga 38 tahun untuk pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM61,141.55 melibatkan 5 motosikal, wang tunai berjumlah RM27,839.70,15 telefon bimbit serta barang kemas,” kata kenyataan itu.

Kesemua individu tersebut bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, hasil ujian saringan mendapati salah seorang daripada PATI didapati positif COVID-19.

Dalam pada itu, ATM komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan PATI mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku.

Previous article3 suspek ditahan, 15 saman dikeluarkan dalam Ops Mabuk
Next articleBayaran pengeluaran khas KWSP bermula 18 April 2022
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here